Khamis, 13 November 2014

Rabu, 12 November 2014

Fuel Up with ESP

Lepas Subuh tadi as usual Wawa dah ambil orange juice dengan Collagen Powder + Vita C Plus 500mg sebiji. Both tu memang terbaik kalau diambil dengan perut yang kosong, untuk penyerapan OPTIMA 👍💕 Baru lah TAK RUGI kennnn.

Now Wawa nak fuel up dengan ESP + Vico 300ml and Oat + Raisins. Nyumssss!

Harini i got a long list Thing-To-Do, so Wawa perlukan tenaga yang mencukupi untuk settle kan kerja kerja tu semua.

Have a great day everyone!

Nur El Najwa 😘
Mommi of two 👬

SusunAtur: Store Room

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak masuk rumah baru ni kan, Wawa selalu follow page Susun Atur, Hiasan Dalaman, Tips Hias Rumah & macam macam lagi. Suka sangat kalau tengok rumah tersusun rapi. Tenang je fikiran kan?

Kadang kadang kita tak perlu pun something yang pricey untuk kelihatan Wow! Tapi dengan sedikit kreativiti mampu melahirkan penataan yang kita puas hati.

Wawa ada beberapa idea yang masih berlegar legar dalam kepala ni untuk diterjemahkan secara realiti. Tak sabar rasanya.

1 area yang Wawa akan mulakan dulu dalam rumah baru kami ni ialah:

🌟Store Room cum Laundry Room cum Sewing Room🌟

Hah kau, tak ke banyak fungsinya tu untuk satu bilik yang kecil. InsyaAllah dengan susun atur yang hebat, ianya akan menjadi PURFEKKKK! Dan opkos dengan kos yang minimal. Baru baru nak hidup berkeluarga ni, semuanya haruslah minimal lainlah kalau kau kaya kan? Hihi.

Ni adalah DIY kotak yang Wawa beli dekat kedai alatulis HuanYo Alor Gajah. Sesiapa yang duk Alor Gajah kalau tak tau mana HuanYo korang memang tak piauuu! Hah. Sentap! Hihi.

Ok, plan dia camni. Semua barang yang berstatus stor will be in this kotak. Then Wawa akan label diri masing masing into category. Agak agak label kaler apa yang sesuai dengan kotak ni yer? Must be BOLD & BIG. Yes, size matters. :p

Jangan lupa drop your awesome idea in my comment ya?

Wawa nak mulakan operasi dah
See ya.

Mahar sebuah IMPIAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Semua orang mempunyai impian. Ada yang nak kawin dengan Datuk, ada yang nak jadi model busana muslimah, ada yang nak jadi doktor, tuan lawyer, dan macam macam lagi. Agak agak ada tak orang yang tak punya impian?

Sesungguhnya, mereka dalam kerugian.

Tapi, kalau impian setinggi gunung pun, tidak disertai satu semangat untuk menjadikannya KENYATAAN, itu lagilah RUGI.

Dalam hidup ini, kita mesti mempunyai impian kerana dengan impian lah kita tahu kemana halatuju hidup kita ni. Ke mana DESTINASI yang kita mahu tuju. Selain menjadi KhalifahNya di muka bumi ini, kita mesti ada azam untuk menjadi aset kepada diri sendiri, keluarga, & agama.

Dan impian ini hanya sekadar awan awan yang berada dalam fikiran kita jika kita tidak VISUALIZED kannya. Penting untuk kita TULIS apa yang kita mahu supaya ia semakin JELAS.

Di sini Wawa nak share impian Wawa dengan semua. Sebab Wawa nak meraka yang membaca & melihat sama sama mendoakan impian Wawa supaya menjadi kenyataan satu hari nanti.

Inilah Vision Board Wawa. Comel tak? Jelas tak? Wawa buat cantik cantik dan jadikannya WallPaper phone, Wawa print dan tampalkannya di mana mana yang mudah dilihat. Supaya dapat BAKAR SEMANGAT Wawa untuk bekerja lebih kuat bagi merealisasikannya.

InsyaAllah,
Satu hari nanti, semua ini menjadi milik Wawa. Ameen.
Semua doakan Wawa yer.
Sayang semua ♡

Till then,
Wallahu'alam.

Hi Cik Missy. Cik ke???

Bismillahirrahmanirrahim...

2 hari Wawa tak update apa apa. Bukan apa, tetamu silih berganti datang ke rumah Wawa. So Wawa as tuan rumah sebolehnya nak prepare yang terbaik untuk tetamu. Kan mereka datang membawa rezeki, so kenalah sambut dengan sebaiknya.

Macam macam Wawa masak, eh macam lepas gian pun ada. Kikiki. Yelah dah berpantang 44 hari haritu, 44 harilah Wawa tak masuk ke dapur tau. I miss my kitchen so much. #muahciked

Malam malam macam ni, lepas susukan baby Ikhwan, Wawa duk la scroll gambar lama lama. Mengimbau kenangan bagi setiap gambar yang Wawa jumpa. Macam macam perasaan menerjah. Salah satunya, gambar masa Wawa baru mulakan kerjaya as a Nurse di Hospital Melaka.

Wawa ditempatkan ke Wad Lelaki ( as i wished ) sebab sejak dari student lagi Wawa dah biasa praktikal di wad lelaki. So dengan pengalaman yang ada Wawa sangat selesa bekerja di wad lelaki. Well, wad yang Wawa dapat tu busy giler. And di situ Wawa dapat banyak sangat ilmu yang Wawa tak perolehi melalui BUKU. itu yang dinamakan pengalaman. Sangat berharga.

Cuba tengok gambar Wawa 2010 tu, muka freshie @ junior yang tak berapa nak konfiden ( kikiki ) cuba tengok muka sekarang. "Hah, aku lah senior. Aku lah terpaling pandai. Hahaha. Konfiden kan muka aku". Eh.... Tak yer. Sama sekali tidak dong. Dalam bidang perawatan & perubatan ni, everyday is a learning day. Dan Wawa rasa yang Wawa sangat sangat junior dalam bidang ni. Banyak lagi yang Wawa tak tahu.

Lebih lebih lagi bila Wawa dah transfer ke district hospital yang mana bagi Wawa proses pembelajaran masih berlaku tetapi agak kurang. Sebab dekat district hospital tak banyak special procedure yang kita buat disebabkan kurang kepakaran. The other side, Wawa suka district sebab masyarakat bergaul lebih mesra & rapat. Well, we village people, tu la cara kita kan? :)

Oklah,
Wawa beransur dulu. Esok adalah another tiring day. Because its CLEANING DAY! Operasi secara besar besaran. So I need a good rest. Siap siap dah telan Ostematrix 4 biji supaya tak sakit sakit badan. Esok bangun insyaAllah lebih segar. Ameen.

Btw, yang nak tahu macam mana Wawa boleh atasi masalah kulit macam dalam gambar tu, nanti Wawa akan kongsikan dalam next entry... TEASER jer dulu ♡

Till then, Wassalam.

Wawa | 012 6305075

Isnin, 10 November 2014

Kenapa Pilih SHAKLEE

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam malam ni Wawa terdetik nak share kenapa Wawa memilih Shaklee sebagai satu bisnes. Sambil susukan QaysIkhwan datang pulak idea nak mencoret.

Bila pandang wajah anak anak, Wawa rasa bersalah bila tak dapat spend time dengan mereka. I love my kids so much. Muhammad Zharif Rifqi & Muhammad Qays Ikhwan kedua duanya adalah buah hati Wawa.

Now Wawa masih dalam cuti confinement. Berat sangat hati ni bila fikir sebulan lagi dah nak naik kerja. Tak sanggup rasa nak berpisah dengan anak anak ni. 

Bila tengok kejayaan my Mentor Master Nana Macarona & My Ummi Lyana Hisham dalam Shaklee ni, Wawa tau Wawa pun boleh pergi sejauh diorang. 

Apa yang Wawa nampak, dengan Shaklee Wawa akan dapat apa yang Wawa nak selama ni iaitu:

.TIME FREEDOM.

Pertama, Wawa sedih sangat bila Wawa tak dapat cuti especially bila nak hantar Zauji Wawa ke airport untuk sign on ship. Wawa sedih sangat sangat sebab Wawa tak dapat capture detik paling precious tu dengan sebaiknya sebelum Zauji pergi untuk berbulan lamanya.
Yang kedua, Wawa sedih sebab tak dapat melihat anak setiap masa. Pergi kerja awal, balik kerja lewat, selalu bila balik kerja anak dah tidur. Tak dapat nak bergurau gurau & bermain dengan dia. Sedih sangat sangat. 

Dengan Shaklee, Wawa boleh bekerja dari rumah, tanpa meninggalkan anak anak. Sebab class pun melalui Online. ( FB, WhatsApp) Sangat sangat flexible. Wawa happy hidup macam ni.

.MONEY FREEDOM.

Tipulah kalau Wawa kata Wawa boleh stay at home without any salary. Wawa dah biasa dapat gaji setiap bulan, dah biasa beli barang guna income sendiri, online shopping, especially barang rumah & barang anak anak. Oh maiiii! My feveret! And apa yang Wawa nampak bila Wawa mula buat bisnes ni, income Wawa lebih besar daripada gaji hakiki Wawa di sektor kerajaan ni. Alhamdulillah. Wawa target untuk bekerja lebih keras supaya dapat menggandakan bonus Shaklee Wawa. Supaya dapat shopping lagi dan lagi! Eh??? Hehehe.

.HEALTH FREEDOM.

Penting untuk semua tahu, Wawa adalah consumer tegar product Shaklee tau. Dari kepala hingga ke kaki. Wahhh gittew! But seriously, im serious! Wawa takkan menjual sesuatu product tu kalau Wawa tak rasai sendiri kebaikannya tau. Macam mana nak yakinkan orang yang ESP tu memang bagus untuk menghilangkan kawah kawah jerawat kalau Wawa pun tak rasa benefit tu kan? So its important for you especially yang nak bisnes product. Kena amalkan dahulu then barulah share kebaikannya dengan yang lain. Barulah orang percaya & tertarik untuk nak cuba jugak :)
Banyak lagi product Shaklee yang Wawa consume selain ESP yang memang wajib setiap hari. Bonusnya, sejak bersama Shaklee, kesihatan Wawa semakin improves dan Wawa tak ingat bila last Wawa demam pun. Syukur ya Allah di atas kesihatan yang Kau kurniakan ini. Semoga Wawa terus sihat dan dapat bekerja sekuatnya. Ameen.

Selain daripada itu, ofcourse lah Wawa pilih Shaklee sebab banyakkkk sangat BONUS yang Shaklee offer tau... 

NAK TAHU?

InsyaAllah Wawa akan kongsikan nanti.
Those yang ingin menjadi salah seorang daripada team Wawa, boleh terus contact Wawa yer.

0126305075

till then, wassalam.


Ahad, 9 November 2014

Resepi: Bread Pudding with ChocChips and Raisins

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang semalam BIL called Encik Lalink bagitau nak datang rumah malam nanti. Wahhhh. Tetamu pertama yang datang ke rumah baru kami ni.

So dengan excitednya Wawa ke dapur tengok tengok apa yang boleh Wawa prepare untuk sambut kedatangan dorang nanti.

Teropong punya teropong, ok set!

● BREAD PUDDING ●

Paling simple Wawa boleh buat dalam masa sejam ni. Sejam? Yer... SEJAM! Sebab kena setelkan anak anak dulu. Mandi, makan, bergurau gurau, peluk cium dulu sebelum tidur. Bila dah tidur senang sikit nak buat kerja. Kalau tak, gangguan tanpa henti dari Zharif "Bu.. Nak ashak jugak" hehe. Comel kan?

So....
Barang semua dah ada. Apa yang Wawa guna ni semua dah ada dalam pantry. Haaa. Bukan pantry macam MasterChef tu. Tapi soon, Wawa akan buat ala ala MasterChef. (Tah bila zaman ler tu)

Bahan bahan:
•Roti 6-8 keping
•Susu Sejat 1 tin (or Susu Segar)
•Telur 2-3 biji (pukul lembut)
•Butter 2 sudu (dicairkan)
•Gula pasir 2-3 sudu (ikut kesukaan)
•Garam 1 sudu kecil
•Chocolate Chips
•Raisins
•Vanilla Esen 2 sudu (I used alot!!!)

Cara caranya:

Preheat oven 180°C sementara kita set up pudding kita.

1) Dalam satu bekas, satukan susu sejat, telur, gula, garam, mentega cair, raisins, choc chips dan esen vanilla. Kacau rata.

2) Carik-carikkan roti kepada cebisan kecil. Boleh jugak kalau nak potong cantik cantik. Depends kepada kerajinan you all yer. Hehe.

3) Masukkan roti tu kedalam bekas yang mengandungi bancuhan tadi. Kacau rata. Biarkan sehingga roti menyerap bancuhan tadi sampai kembang dalam 10 minit.

4) Gris loyang pembakar dengan butter untuk elakkan bancuhan melekat dan mudah untuk dikeluarkan nanti.

5) Masukkan bancuhan kedalam loyang pembakar, dan ratakan. Bakar selama 30 minit.

Tips:

🔥Kepanasan setiap oven berbeza beza. Oleh itu sentiasa kawal kepanasan oven you all yer. Maybe boleh start dengan bakar dengan api bawah untuk 10 minit pertama, then api atas bawah sampai masak.

🔥Boleh juga bakar dengan teknik steam bath untuk hasil yang lebih lembap.

🔥Kalau guna susu segar lebih sedap berbanding susu sejat. Wawa guna susu sejat sebab itu jer yang ada dekat rumah. Hehe.

🔥Boleh juga campur fruit cocktail, bagi yang minat buah buahan.

Tadaaaa.
Nilah hasilnya.
Tetamu berpuas hati & Alhamdulillah.

Tetamu datang membawa rezeki.
Pulangnya mereka menggugurkan dosa dosa kecil. So, Wawa berbesar hati menyambut tetamu datang ke rumah Wawa. Jemput lah datang yer ♡

Wallahua'lam.