Assalamualaikum.
Direzekikan semalam akhirnya aku dapat berborak, berViber dan berBBM dengan En Suami, setelah beberapa hari menanti. Kapal dah lama anchor, cuma En Suami asik melepas je nak beli simcard Indonesia yang dijual. Kena pulak lautan bergelora so agak kurang lah orang Indonesia yang datang ke kapal untuk jual simcard. Better late than never, right? Tehehehe. Syukur Ya Allah.
Cerita perkembangan Baby Zharif memang topik utama most of the time hehe. Dah ada anak pastinya excited bercerita pasal anak lah. Rindu yang meluap-luap di dada si Ayah terubat lah 10% bila dapat sharing beautiful pictures (moment) yang aku snap setiap masa. Untung lah Zharif mewarisi sifat camera-friendly daripada aku ni, so memang memudahkan aku nak snap his lovely pictures. Tehehehe.
Next, celoteh si suami-isteri beralih ke isu-isu semasa yang sedang berlaku di negara kita. Kali ni bercerita tentang perhimpunan Suara Rakyat yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil tu. Aku tak komen apa-apa. Sebab aku pun tak begitu pasti apa isu yang mereka cuba ketengahkan, pendek kata aku tak berapa ambil tahu. Tehehehe. Hanya mampu menjawab few questions daripada En Suami.
Akhir sekali masuk ke topik motivasi diri, suami isteri dan keluarga. Hah! Ini memang segmen paling aku suka. Sebab segmen ni paling touching. Ewah. Alhamdulillah, semakin jauh aku dengan En Suami, semakin kami membaiki diri. Thanks Allah for your love. Terima kasih Allah sebab menguatkan kasih sayang di antara kami melalui perpisahan ini. Terima kasih Allah sebab mengurniakan aku seorang suami yang membantu aku dalam membaiki diri untuk menjadi a better muslimah. Terima kasih ya Allah.
Kepada En Suami, doakanlah isterimu ini sentiasa istiqamah dalam membaiki diri untuk menjadi seorang muslimah, isteri, ibu dan anak yang lebih baik. Thanks for all your support towards me.
I LOVE YOU SO MUCH.
